Alhamdulillah, tanggal 28 Oktober 2008.. puteri kesayangan mummy n babah selamat dilahirkan..
Adriana lahir awal dari sepatutnya. Mungkin sbb mummy stress keje byk sgt2 kat opis.
Bersyukur kepada Allah, sepanjang proses melahirkan Adriana, semuanya berjalan dengan lancar walaupun Adriana keluar awal dari waktunya. Adriana juga sihat cuma terpaksa ditahan di NICU (Unit ICU baby) selama 3 hari utk diberi antibiotik memandangkan air ketuban keluar lebih 24jam sebelum Adriana dilahirkan. Proses kelahiran ini betul2 menginsafkan kami suami isteri. Kesakitan dan penderitaan demi melahirkan zuriat sangat2 menggerunkan. Mungkin tidak pada semua, tapi mummy merasakannya. Alhamdulillah, ia byk menginsafkan diri mummy.
Perjalanan melahirkan Thaleah Adriana Mohd Azuwan..
Rentetan peristiwanya…
25hb Oktober 2008
Malam
Babah g tgk bola kat Bukit Jalil. Mummy kat umah je tensen sbb bilik cam selerak penuh ngan barang org..Yelah, menumpang umah mak, hadap la bilik kene share. Yang geramnya, bila ajak kemas org lain leh wat ‘dek’ je.. Last2, mummy kemas sorang2. Bukan takat kemas, mummy angkat almari la, tong la, mcm2 lagi la.. Geram punya pasal. Serabut la duk dalam bilik yang berselerak. Balik mummy ngadu kat babah mummy kemas sorang2..
26hb Oktober 2008
Subuh
Mummy bgn pagi terasa kat kain mummy ada beberapa tompok air. Mummy ckp kat babah. Babah tanya air apa, mummy ckp la tak tau. Mummy ckp, terkencing kot! Yelah sebab tak rasa apa2 pun. Sakit pun tak.. Babah angguk jer.
Tengahari
Kami satu family g open house sebelah umah. Makan kambing golek.. Pergh mmg tak hingat la.. Fav mummy.. Kow2 la mummy mkn. Sedap n selera sgt!! Babah plak memula tolong diorang goreng ayam kat belakang. Sudah goreng ayam, babah tolong goreng sate plak. Rajin tul babah. Yelah, babah nak berkawan2. Cian dia, sejak pindah sini mana ada kawan sgt.
Petang
Mummy ikut bunda (kaklong mummy) n maktok (mak mummy) g tgk barang hantaran. Yelah bulan 12 nih, bunda nak kawen. Tapi mmg terasa penat la. Jaln skit mummy duduk, jln skit rasa nak duduk..
Malam
Sambung makan kambing golek. Pergh, sehingga menjilat tulang. Mmg terangkat wa ckp lu!!
27hb Oktober 2008
Subuh
Mummy tgk kain, basah jugak. Tapi skit2 je. Mcm pagi semalam jugak. Mummy ckp babah. Babah wat muka risau.. Tapi mummy ckp tak kot, sbb tak sakit pun..
Sempat mummy merengek nak nasi lemak cik mah. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak makan setelah beberapa hari ngidam tapi tak dpt..
Tengahari
Mummy tido. Bila bgn, babah mcm kelam kabut. Babah ckp kat mummy air yang keluar tu ketuban. Dia dah tanya maktok. Kami pun kelam kabut kemas barang2 bersiap-siap utk ke hospital. Ikut hati mummy sebenarnya sgt belum bersedia mental dan fizikal kalau2 mummy perlu deliver baby dalam sehari dua nih.. Doa je la semua selamat..
Perjalanan ke hospital sgt tegang. Masing2 senyap, mungkin kerana kami berdua sgt2 berdebar. Sampai kat Hospital Ampang mummy terus ke kecemasan dan mummy disorong ke wad bersalin. Malu plak kene sorong.. Pas register, nurse suro tunggu dulu kat bilik menunggu sbb bilik nak check suma penuh… Mummy tunggu dengan penuh kesabaran. Babah plak tunggu kat luar dewan bersalin.
Petang
Bilik utk check ada kosong. So, mummy pun diarah masuk ke bilik tu. Nurse mintak air kencing then baring semula atas katil.. Menanti penuh debaran. Apala agaknya yang diorang nak buat pada mummy..
Tetiba ada sorang Doktor berbangsa Cina, doktor tu ala2 lembut gitu. Dia masuk2 then cakap, ” i nak check bawah ye puan, nak tgk brapa bukaan”..
Bila dia ’seluk je’ mak aih, sakit dia..yelah tak pernah terbayang..
“ok puan, dah buka 2cm.. Sekarang saya nak rangsang baby puan yer”
Mummy igt ke rangsang camner, rupa2nya dia leh masukkan tangan dia dalam rahim then tumbuk dr dalam. Sakit tak igt wa ckp lu!! Mummy siap jerit. Doktor tu berulang kali mintak maaf. Dia ckp mmg sakit, tapi kene buat sbb nak bg jln buka..
Selesai buat suma tu, nurse suro mummy tukar baju n mummy disorong ke wad biasa sementara tunggu waktu bersalin yang btul2.
Mummy dapat bilik sorang2, lega la jugak. Babah temankan mummy tapi sampai pukul7 je la memandangkan hospital tu hospital kerajaan..
Start pukul6, contraction pun bermula. Selang setengah jam, sakit tu datang. Puas jugak la tahan, tapi still maintain. Bleh lagi gelak2. Mummy mintak babah belikan mknan sbb mummy lapar sgt.
Pukul7 guard datang la ‘menghalau’ babah. Sebelum balik babah sempat pesan suro selawat n baca doa byk2. Babah cium pipi n dahi mummy. Sayu la plak kan..
Malam
Start pukul8, sakit makin kerap. Mummy ngadu. Babah ckp dia balik kejap. Nak mandi. Pukul10 babah dtg semula. Tapi bukan leh masuk pun. Kesian babah, tunggu mummy dalam kereta sampai pagi..
Mummy plak ngantuk sgt2, tapi sakit tuhan je tau. Menggigil-gigil la tahan sakit. Antara tido keletihan dengan menahan kesakitan sorang2. Skali skala tu ada la jugak mummy mengerang. Sakit tuh!
Sakit mummy berlarutan sampai la ke pagi..
28hb Oktober 2008
Subuh
Dalam pukul6 mummy dah kene kejut ngan nurse utk jumpa ngan doktor. Mummy disuruh berjalan ke bilik rawatan dengan bersendirian. Tertunduk-tunduk mummy berjalan sambil tahan contraction yang terlalu kerap melanda.. Pedih sgt2!!
Sampai kat bilik rawatan tu, tetiba mummy rasa nak buang airkecik, so mummy bgtau doktor. Doktor tu dengan muka slambernya ckp, awak kene kencing kat bilik awak la sbb sini takde toilet. Pergh, dah la tadi nak ke situ terbongkok2, ni suro patah balik plak. Mummy pun patah balik dengan perlahan-lahan..sambil tangan berpaut pada dinding. Selesai ‘lepaskan hajat’ mummy skali lagi tertunduk-tunduk sambil berpaut dinding ke bilik rawatan. Sampai kat bilik tu, mummy di suruh baring. Doktor datang dengan muka garang. Adoi, org dah la sakit..doktor ni wat muka plak. Tensen!!
Seperti kebiasaan org nak branak, doktor dengan selambernyer menyeluk ‘poket rahsia’ mummy.. Sakit la jugak. Dah terbukak 4cm. Wut??? Dari mlm tahan sakit sampai ke pagi, baru 4cm??? Pergh, mmg menguji nih. Then doktor ckp dia nak pecahkan ketuban. Mummy ckp ok!
Mummy mana la tau kaedah nak pecahkan ketuban. Rupanya dia jolok ‘poket rahsia’ mummy dengan satu benda panjang (kira2 1/2 meter). Mummy ter menjerit la.. Sakit kan.. Doktor tu leh cakap..
“Eh, awak sakit kat perut ke kat mana nih?mana satu??”
Isk leh lak dia ckp camtuh. Dah dia jolok mesti la sakit beb!
Maka dengan itu… pecah la ketuban mummy. Kemudian nurse masukkan sejenis ubat utk buang air besar. Memang btul la. Pas je ubat tu dimasukkan, trus mummy terasa nak berak.
Mummy pun tertunduk2 sambil berpaut pada dinding (mcm td jugak) berjalan ke bilik..
Selesai buang air, nurse tunggu dalam bilik. Mummy nampak nurse bawak kerusi roda, hati mummy dah jadi tak keruan. Wah, dah semakin dekat. Nurse suro mummy kemas-kemas, bawak suma barang yang berharga, bawak hp, n bagitau babah yang mummy akan disorong ke dewan bersalin. Arrrgghhh!!! Macam lum sedia jer. Tapi, kenangkan sakit yang dah tak tertahan, mummy harap, baby cepat2 keluar..
Sampai kat dewan bedah, mummy dipasang dengan beberapa mesin yang mummy pun tak tau la apa fungsi dia. Pastu, nurse ckp sedut oksigen bila terasa sakit. Boleh kurangkan sakit. Tapi takleh byk2 sbb akan sebabkan pening kepala. Cuma boleh sedut bila sakit je. Mummy sedut kerap la jugak sbb mmg sakit kerap sangat. Mmg pening kepala kalo sedut byk2.
Dalam pukul8+ pagi, nurse tanya dah bgtau husband ke? Mummy ckp dah. La rupanya babah dah bleh masuk tunggu mummy. Mummy pun sms babah suro masuk. Babah masuk. Mula2 leh la senyum lagi tgk babah. Tapi dah lama skit mummy ckp la ngan babah. Tak tahan la. Sakit.. Babah plak ada je kat mummy bg mummy kekuatan. Makin lama, makin tak tahan. Patut la, org mati beranak ni dikira mati syahid dan sakit beranak ni sakit yang paling kuat selepas mati. Mmg sakit.
Mummy tahan sakit sampai la lebih kurang kul11 pagi. Dalam masa tu dah dengar dah bilik sebelah2 lepas satu, satu baby nangis tanda mak diorang dah selamat bersalin. YA Allah, bila la giliram mummy. Tetiba ada sorang doktor masuk, masa tu mummy dah tak tahan sgt2 dah. Sakit rasa cam nak beranak masa tu jugak!! Babah plak dah panik la jugak, antara tahu ngan tak tau nak wat apa. Doktor tu masuk tetiba tanya,
Doktor : Awak pernah dengar pasal epidural??
Mummy : Pernah.. Saya nak..
Doktor : Epidural ni ialah….blah..blah..blah..
(ceh, dia bebel lak. Mummy ckp mummy tau n mummy nak bg jelah. Orang dah tak tahan nih. Bleh plak dia bersyarah)
Doktor : Awak baca dulu risalah ni, kalo rasa nak panggi saya.
Mummy rasa nak pijak je doktor tu. Weh, org tgh sakit ada masa ke nak baca suma tuh? Babah yang terpinga-pinga amik la baca. Last2 mummy ckp ngan babah mintak panggil nurse ckp mummy nak epidural tu.
Setengah jam kot, baru la doktor datang wat procedure. Masa wat tu, mummy kene duduk membongkok. Doktor masukkan tiub kat belakang (rasanya tulang belakang kot). Tapi amik masa gak wat tu sbb kene tunggu waktu takde contraction. Susah la, sbb contraction datang hampir setiap minit.
Selesai wat procedure dalam 15minit, sakit makin kurang terasa. So, mummy leh la rilek skit. Bertenang dan simpan tenaga. Itu la tujuan asal epidural. Masa dah selesa skit tu, doktor datang check jalan bukak 6cm.. Huh??? Brapa jam dari subuh baru buka 6cm?? Doktor bgtau anggaran 4jam lagi baru deliver. Tu ikut anggaran sejam 1cm la (eleh, tu kalo sejam 1cm..kalo lebih??). Tgk jam, adoi, baru kul12.. Kira2 pukul4 ptg la nak kene tahan sakit nih (nasib baik dah kurang sakit)
Mummy pun tido la mengiring (sbb lebih selesa). Babah pun dah kembali tenang. Muka dah tak ketat mcm masa mummy duk tahan sakit tu. Mummy dah leh sembang2 ngan babah.. Tgh duk sembang2, nurse masuk nak check lagi. Bila dia check..
Jeng..jeng..jeng..
Ya Rabbi, baby dah kat bawah. Dah nak kuar.. Waaaa, ckp lagi 4jam. Tetiba dah nak kuar. Cepat la plak. Mummy dah gelabah. Yelah, mana ada pengalaman.. Doktor masuk tgk, suro mummy rehat lagi. Bagi baby tu btul2 kat bawah.. Senang skit nak push katanya..
Huh?? Push?? Camna la ek??..
Wuteva la!! So, mummy pun baring la balik.. Tiga..Empat kali jugak la doktor datang check..
Sampailah lebih kurang pukul1, nurse datang check.. NUrse tu cakap, kepala baby dah nampak.. So, mummy dah start kena push.. Mummy push je sesuka hati sbb 1st, mummy tak tau nak kena push mcm mana, 2nd, mummy tak rasa apa2.. Akibatnya, mummy wat ajaran sesat cara ‘mengpush’.. Wei, org tak penah beranak la!! Mana tau!!
Nurse tu plak org Terengganu.
Nurse : Ha..baguh..baguh.. Terang (teran dlm bahasa tganu) lagi kak.. Sket je agi..
Ceh, mummy nak tergelak la plak. Teringat zaman2 kat masa belajar kat Terengganu.. Dan kat Terengganu la cinta mummy dan babah bermula… Tapi dalam nak gelak tu mummy tetap berusaha nak keluarkan baby. Sebab menurut kata nurse Terengganu tuh, baby akan lemas kalo lambat dikeluarkan.. Hampir setengah jam mencuba, tapi cam tak berhasil. Ceh, mummy tak reti teran la. Lagipun epidural masih ada buat mummy takde rasa nak teran.
Nurse tu plak tensen.. Sbb?? Sbb dia nak balik awal!!!! Dia sebolehnya nak baby kuar b4 2pm! Kepala hotak ko!! Pikir ko nyer dating jer ek.. Org sakit dia bukan nak amik kisah. Macam2 cara la mummy cuba utk mempercepatkan proses, tapi tak menjadi.. Mungkin sbb ‘bukaan’ kecik, seperti kebiasaan wanita yang beranak, maka mummy nyer ‘jalan’ pun ‘ditoreh’ (ayat cam ngeri jer). Tapi mummy tak sedar pun. Babah tgk n sampai harini dia masih teringat-ingat dan fobia melihat ‘peristiwa’ itu..
Nurse : Bukang terang kot muke..terang macang nok berok tuh.. (bukan teran guna muka, teran macam nak berak tu)..
Agaknya mummy ni bersungguh2 tunjuk ekspresi meneran je kot, tapi sebenarnya tak la teran sgt pun.. Last2 nurse suma give up, diorang pun call la doktor. (Memula tak de doktor sbb doktor check n ckp mummy senang je nak beranak tanpa masalah)
Babah plak tak berenti-renti bagi semangat kat mummy. Tangan mummy sentiasa digenggam erat. Walaupun mummy tau, babah sebenarnya tak berani pun nak sama- dalam LR tu.. Thanx syg, sbb korbankan perasaan takut babah n setia bersama-sama mummy di saat mummy btul2 perlukan babah..
Tau tak apa yang doktor buat lepas tu?? Eh, bukan doktor je.. Tapi doktor + 4 org nurse… Mereka beramai2 menekan perut mummy. Yang 1st tu mummy terkejut.. Pastu diorang ckp la jgn berenti teran. Kami nak tolong nih. Kali kedua diorang tekan, terus baby kuar…
Allahuakbar..
Tepat jam 1.53pm, Adriana kuar tanpa tangisan.. Doktor letak Adriana atas perut mummy. Mummy sempat tatap sekejap sebelum nurse amik utk bersihkan badan dia (masa ni baru Adriana menangis).. Babah meluru ke belah kanan mummy (awalnya babah duk belah kiri mummy). Beberapa kucupan babah singgah di pipi dan dahi mummy. Babah tersenyum. Ya Allah, bahagianya saat ini. Alhamdulillah atas rahmat yang dikurniakan. Kami kini lengkap sebagai sebuat keluarga..
Pastu babah mintak kebenaran doktor utk ‘mengazan’ (iqamat) kan Adriana. Selesai suma tu, babah diminta tunggu kat luar sbb ‘kursus jahitan’ nak bermula. Adoi, dengar cam ngeri siot. Apalah rasa agaknya.. Masa nurse sediakan alat2 tuh, dada mummy sah dup dap dup dap.. Takut!! Tak lama pastu, bermula la ‘kursus jahitan’. Lor, tak rasa apa rupanya sbb epidural. selesai semua procedure, mummy di suruh berehat sementara diorang nak hantar balik mummy ke wad. Mummy ckp la kat nurse, boleh tak nak minum air sbb dahaga sgt2. Nurse pun bawakkan air nescafe n air masak. Mummy abiskan dua2 gelas air. Pas je abis minum, mummy rasa nak muntah plak. Mummy tekan la button panggil nurse. Nasib baik nurse sempat datang bawak plastik. Kalo tak, mmg selamat la katil dalam LR tuh.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, last2 lebih kurang 3.30pm baru la nurse dari wad datang utk bawak mummy ke wad semula. Nurse mintak mummy turun dari katil n naik wheelchair. Dengan penuh berhati-hati dan perlahan mummy turun dari katil tuh. Turun je, mummy rasa kaki mummy kebas tak rasa apa2.. Hampir terduduk mummy. Nasib baik nurse sempat sambut. Nurse tu jerit panggil doktor. Mummy plak blurr.. Nape tak leh jalan nih??? Aku ni dah lumpuh ker?? Mummy cuak!! Rupanya, itu la kesan epidural. Rasa kebasnya sampai ke kaki.
Mummy diusung ke wad. Tapi Adriana kena tahan kat NICU. Sbb dia lahir selepas lebih 24jam air turun. Utk elak sebarang jangkitan kuman, Adriana kene diberi antibiotik khas. Mummy tak sempat lagi tgk muka Adriana.
Babah yang tadi tunggu kat luar LR ikut mummy ke wad. Masa nak naik katil, babah la yang dukung mummy. Nasib baik la babah ada, kalo tak nurse tu pun tak daya nak angkat mummy. Lebih kurang pukul4.30, doktor yang wat epidural datang utk keluarkan tiub dari tulang belakang mummy. Mummy rilek je sbb tak nampak apa yang dia buat. Babah yang ’seriau’ sbb dia nampak. Dia tanya mummy, tadi diorang masukkan tiub ke kat belakang mummy. Yer la sayang.. Itu la namanya epidural!!
Mummy sembang2 ngan babah sampai kul7. Tapi mmg ngantuk sgt2 la. Pas kul7 (sejurus pas babah balik) Mummy terus tido. Penat sgt2. Lagipun baby kat NICU, so mummy mmg btul2 leh rehat. Mummy tido sampai pagi. Cuma bangun masa nurse check tekanan darah jer..
Alhamdulillah, esoknya mummy dibenarkan kuar dari hospital memandangkan kesihatan mummy di tahap memuaskan. Cuma baby la kene tahan lagi..
Stop sini dulu.. Nanti mummy update lagi. Dalam pantang ni takleh duduk lama2.. Nanti bentan. Tah, mummy pun tak tau apa maksud bentan tuh!!!
p/s : Ya Allah, kami bersyukur atas kurniaan-Mu. Kini hidup kami suami isteri bertambah bahagia dengan kehadiran insan baru ini.. Walaupun mungkin ada yang kurang selesa dengan kebahagiaan kami.. Maaflah kepada org itu, kerana kami sentiasa bahagia, dan semakin bahagia..
Alhamdulillah…
written by admin
\\ tags: Babah, Baby, Doktor, Family, Hospital Ampang, Mummy, Nurse